12 tips untuk menjadi kedai dobi layan diri pilihan pelanggan
12 tips untuk menjadi kedai dobi layan diri pilihan pelanggan
4 min baca
Ringkasan: Ketahui tentang 12 faktor yang mempengaruhi pelanggan untuk memilih kedai dobi layan diri lain berbanding kedai anda.
Anda mungkin tertanya-tanya mengapa sesetengah pelanggan lebih suka melawat kedai dobi layan diri lain daripada kedai anda. Apabila mempertimbangkan cara untuk menarik pelanggan ke tempat anda, anda perlu memahami faktor yang penting bagi mereka semasa melawat kedai dobi layan diri. Beberapa faktor disenaraikan adalah sangat penting dan beberapa mungkin tidak memberi impak yang besar tetapi masih penting.
1. Lokasi yang Baik
2. Ketersediaan Tempat Letak Kereta
3. Kaedah Pembayaran
4. Detergen dan Pelembut
5. Kebolehcapaian dan Keselamatan Kedai
6. Kemudahan dalam Kedai
7. Kebersihan Keseluruhan
8. Bilangan Mesin Basuh dan Pengering
9. Mesin Haiwan Peliharaan Sahaja
10. Servis daripada Kakitangan
11. Penetapan Harga
12. Perkhidmatan Dobi Profesional
Iklan
1. Lokasi yang Baik
Lokasi yang baik adalah penting untuk kejayaan perniagaan dobi layan diri. Pelanggan akan memilih kedai dobi layan diri yang berdekatan dengan mereka. Oleh itu, anda perlu membuka kedai anda di lokasi yang boleh dilihat. Jadi apabila pelanggan berjalan atau memandu melepasi lokasi itu, mereka boleh melihat kedai anda.
3. Kaedah Pembayaran
Anda harus memberi pelanggan anda beberapa kaedah pembayaran. Selain daripada mempunyai sistem syiling tradisional, pelanggan juga boleh memilih untuk membayar melalui bank transfer, kad dan pembayaran e-wallet. Ada juga beberapa kedai dobi layan diri memilih untuk menghapuskan penggunaan sistem syiling tradisional dengan bantuan pembekal sistem IT.Dengan cara itu, pemilik dobi layan diri itu tidak perlu mengumpul wang tunai daripada kedai dan mengelak daripada melabur dalam mesin penukar syiling.
4. Detergen dan Pelembut
Dengan menyediakan detergen dan pelembut percuma, ia boleh memberi manfaat kepada pelanggan dan perniagaan anda. Pelanggan suka barangan percuma, dan membawa produk pembersihan mereka sendiri sangat menyusahkan. Bagi bisnes, anda boleh mengelakkan mesin daripada selalu rosak akibat penggunaan bahan pencuci yang berlebihan dalam mesin. Dengan bantuan dispenser automatik, ia boleh mengeluarkan jumlah bahan kimia yang betul dan memanjangkan hayat mesin.
5. Kebolehcapaian dan Keselamatan Kedai
Pastikan pintu kedai anda luas supaya pelanggan boleh masuk ke kedai dengan selesa. Selain itu, ia juga mudah untuk anda memindahkan mesin keluar masuk untuk penggantian atau pembaikan. Pada waktu malam, lampu anda harus terang. Anda boleh pertimbangkan memasang beberapa CCTV supaya pelanggan terutamanya wanita berasa lebih selamat di tempat anda.
6. Kemudahan dalam Kedai
Ia adalah perkara biasa untuk menyediakan bangku untuk pelanggan yang menunggu dan beberapa meja untuk melipat baju. Namun, untuk bersaing dengan yang lain, kedai dobi layan diri yang lebih moden menawarkan wifi dan tv sebagai satu bentuk hiburan semasa menunggu kepada pelanggan. Di samping itu, anda boleh mendapatkan kerusi urut atau vending mesin untuk menjual kopi dan makanan ringan. Ia juga boleh membantu anda untuk menambah pendapatan.
7. Kebersihan Keseluruhan
Tiada siapa yang suka melawat tempat yang lantainya kotor, banyak sampah dan bau busuk. Memandangkan ia memerlukan masa untuk mencuci pakaian, pelanggan tidak akan mahu berada di persekitaran tersebut selama 1 minit. Anda juga harus memastikan mesin basuh dan pengering adalah bersih kerana ia akan menjejaskan kualiti pembersihan pelanggan.
8. Bilangan Mesin Basuh dan Pengering
Pelanggan tidak suka menggunakan terlalu banyak masa menunggu di dalam kedai untuk mesin yang boleh diguna. Oleh itu, anda perlu mempunyai bilangan pengering dan mesin basuh yang banyak dan kapasiti yang berbeza. Mesin basuh bersaiz kecil boleh digunakan untuk keperluan dobi mingguan mereka. Bagi mesin basuh sederhana dan besar, ia sesuai untuk mencuci selimut dan lain lain.
9. Mesin Haiwan Peliharaan Sahaja
Idea untuk mempunyai mesin khas untuk dobi haiwan peliharaan adalah berfaedah. Pemilik haiwan kesayangan boleh mencuci pakaian, peralatan tempat tidur dan selimut haiwan kesayangan mereka dengan mudah. Dan pelanggan lain akan rasa lebih selesa mengetahui mereka tidak menggunakan mesin yang sama dengan haiwan kesayangan itu.
10. Servis daripada Kakitangan
Pelanggan sangat benci dengan masa menunggu yang panjang diperlukan untuk menyelesaikan setiap kitaran basuh dan kering. Oleh itu, sesetengah pemilik dobi layan diri melampaui konsep layan diri dan menggaji kakitangan untuk membantu pelanggan. Dengan cara itu, pelanggan boleh pergi membuat perkara yang lain sementara pekerja tolong mengalihkan dobi dari basuh ke kering. Apabila pelanggan igu pulang, dobi biasanya sudah siap untuk diambil.
11. Penetapan Harga
Untuk kedai dobi layan diri yang hanya mempunyai sistem syiling, sesetengah pelanggan akan memutuskan sama ada untuk melawat kedai anda bergantung pada harga anda. Perkara di sini bukanlah tentang murah atau mahal. Tetapi, anda harus menetapkan harga anda sebagai angka mutlak (contohnya, RM5 dan bukannya RM5.50) supaya pelanggan tidak berasa dirompak apabila ada duit syiling tambahan yang ditinggalkan.
12. Perkhidmatan Dobi Profesional
Selain kerja-kerja dobi mingguan, sesetengah pelanggan mungkin memerlukan perkhidmatan dobi profesional. Contohnya, mereka memerlukan perkhidmatan cucian kering untuk membersihkan pakaian mereka yang halus dan perkhidmatan menyeterika untuk menyeterika pakaian mereka supaya tiada kedutan. Oleh itu, anda boleh bekerjasama dengan kedai dobi profesional yang bereputasi baik. Mereka akan datang untuk mengambil pakaian dan kembali setelah dibersihkan atau diseterika. Sebagai alternatif, anda boleh belajar kemahiran yang diperlukan melalui program latihan dobi dan melakukannya sendiri.
Leave A Comment