13 Peluang Perniagaan yang Unik untuk 2024

13 Peluang Perniagaan yang Unik untuk 2024

6 min membaca

seorang wanita sedang bercakap sambil duduk dengan wanita lain - facebook

Ringkasan: Bosan bekerja untuk seseorang? Perlukan lebih banyak wang saku? Berikut adalah beberapa idea peluang perniagaan yang anda boleh cuba untuk mencapai matlamat anda.

Mungkin anda ingin meninggalkan pekerjaan anda sekarang, atau anda hanya mahu mempunyai wang perbelanjaan tambahan. Walau apa pun alasannya, nasib baik ada begitu banyak peluang perniagaan yang luar biasa untuk dicuba. Caranya ialah mencari yang sesuai dengan minat, gaya hidup dan keinginan anda. Oleh itu, kami menyenaraikan beberapa peluang perniagaan yang boleh anda pertimbangkan.

Bantu Orang dengan Kerja Dobi mereka
Jual Makanan/ Minuman di Food Truck
Mulakan Perniagaan Penghantaran Makanan Moden
Sewa Kereta di Platform Perkongsian Kereta
Selain daripada Properti Rental, Cubalah Airbnb Experience
Tutor dalam Talian
Jual Foto dalam Talian
Jadi Francaisi Jenama Kegemaran anda
Menjadi Sosial Media Influencer
Memberikan Servis Freelance
Buat Website dan Mendapat Pendapatan dengan Google Adsense

1. Bantu Orang dengan Kerja Dobi Mereka

Apabila kita bercakap tentang dobi? Perkara pertama yang mungkin anda fikirkan ialah dobi layan diri. Ini sangat biasa kerana kedai dobi layan diri telah dibuka di mana-mana. Ada yang untung, tapi ada yang tidak. Terpenting ialah memahami cara untuk memulakan perniagaan dobi layan diri yang menguntung.

Sebagai alternatif, anda pun boleh mencuba memulakan atau membeli perniagaan francais cucian kering. Dalam bisnes ini, anda memerlukan latihan yang komprehensif dan praktikal untuk mempelajari kemahiran cucian kering.

IKLAN

2. Melabur Smart Loker Dobi

Melabur dalam loker dobi adalah keputusan yang bijak jika anda ingin mengelakkan operasi dobi harian. Seperti dobi layan diri, anda tidak perlu menguruskan perniagaan secara aktif. Syarikat dobi yang menjual loker kepada anda menyokong operasi perniagaan. Mereka akan mengambil pakaian kotor dari loker, membawanya kembali ke kemudahan pembersihan untuk membersihkan, dan menghantarnya kembali.

Loker dobi adalah jauh lebih berpatutan berbanding dengan dobi layan diri. Oleh itu, ia menjadi alternatif yang menarik kerana ia tidak memerlukan anda lebih banyak modal untuk bermula. Kejayaan perniagaan juga berdasarkan lokasi yang baik. Meletakkan loker berhampiran orang yang tinggal atau bekerja adalah yang terbaik untuk menjana pendapatan sebaik mungkin. Memandangkan konsep ini baru, anda akan mudah untuk mencari lokasi untuk penempatan loker dengan sedikit persaingan.

Melabur Smart Loker Dobi

Ad Sama seperti dobi layan diri, tetapi pelaburan lebih rendah. Kini anda boleh menjana pendapatan tambahan dari keselesaan rumah.

3. Melabur Vending Mesin

Mesin layan diri semakin popular di Malaysia. Hampir ke mana-mana anda pergi, anda akan nampak kewujudan mereka, seperti di kondo anda, pusat membeli-belah, stesen kereta api, dan lain-lain. Seperti loker dobi, modal awal untuk bermula adalah rendah, dan anda tidak perlu melibatkan diri dalam perniagaan harian. Memandangkan industri ini berdaya saing, ia datang dengan kelemahan khusus juga.

Kejayaan perniagaan juga bergantung pada lokasi dan produk anda. Jika anda berminat dengan perniagaan tersebut, terdapat senarai pembekal mesin vending untuk menyokong anda. Kuncinya ialah mencari pembekal yang mempunyai reputasi, pengalaman dan perkhidmatan selepas jualan yang baik.

4. Jual Makanan/ Minuman di Food Truck

Covid 19 mendorong lebih ramai usahawan F&B untuk memulakan trak makanan daripada kedai fizikal. Menurut CNA, kos untuk memiliki trak makanan kecil adalah antara RM15,000 hingga RM20,000. Ia adalah 10 kali lebih murah untuk menubuhkan sebuah restoran. Inilah sebabnya mengapa lebih banyak trak makanan muncul kerana ia kurang berisiko dengan modal permulaan dan overhed yang lebih rendah.

Di bawah anda boleh mencari pecahan kos untuk memulakan perniagaan trak makanan. Jika memasak adalah minat anda, maka trak makanan adalah titik permulaan yang baik.

jadual untuk menunjukkan kos pecahan memulakan perniagaan trak makanan

(sumber: SMEinfo)

5. Mulakan Perniagaan Penghantaran Makanan Moden

Terdapat beberapa orang yang memulakan perniagaan F&B semata-mata berdasarkan model penghantaran makanan. Mereka beroperasi dari rumah mereka atau dapur hantu (maksudnya ialah restoran tanpa ruang makan). Model penghantaran makanan memudahkan orang ramai untuk memulakan jenama F&B mereka kerana ia memerlukan lebih sedikit overhed, terutamanya kos pendahuluan.

Jika anda ingin meningkatkan jualan anda melebihi asas pelanggan semasa anda, anda boleh menggunakan pelbagai platform penghantaran makanan. Dulu cuma ada Grab dan Foodpanda. Kini, dengan Shopee dan Capital A (syarikat induk Air Asia) sebagai alternatif. Anda ada lebih banyak pilihan untuk memilih platform yang lebih mesra peniaga.

jadual tawaran platform penghantaran makanan yang berbeza

(sumber: Yellowbees)

6. Sewa Kereta Anda di Platform Perkongsian Kereta

Perkongsian kereta pada asasnya adalah seperti Airbnb. Daripada menyewa kereta daripada syarikat penyewaan kereta tradisional, perkongsian kereta adalah konsep peer rental. Pemilik kereta boleh menawar kenderaan mereka pada platform seperti Trevo dan penyewa boleh menempah kereta secara terus melalui aplikasi.

Oleh itu, menyewa kereta yang anda jarang gunakan boleh menjadi sumber pendapatan pasif yang baik untuk meningkatkan kualiti hidup anda. Jumlah wang yang anda boleh buat bergantung pada jenis kenderaan dan bilangan hari ia disewakan. Walau bagaimanapun, anda perlu mengetepikan sebahagian daripada pendapatan untuk kos haus dan lusuh dan penyelenggaraan.

7. Selain daripada Properti Rental, Cubalah Airbnb Experience

Anda bukan hanya dapat menyewakan properti di Airbnb, tetapi juga boleh memperoleh pendapatan tambahan dengan menganjurkan Airbnb Experience. Anda perlu menyediakan aktiviti yang boleh ditempah oleh tetamu semasa penginapan mereka. Experience boleh terdiri daripada penganjuran kelas memasak kepada aktiviti luar.

Anda perlu diingat bahawa ini adalah perkhidmatan yang berasingan daripada properti rental. Oleh itu, anda tidak perlu mempunyai penyewaan hartanah di Airbnb untuk menjadi hos Airbnb Experience. Jika anda berminat, anda perlu memohon untuk program ini dan mendapat kelulusan sebelum anda dibenarkan menganjurkan aktiviti.

8. Tutor dalam Talian

Tutor dalam talian boleh menjadi kerjaya yang sangat bermakna kerana anda membantu orang lain mempelajari perkara baharu. Anda berkongsi pengalaman dan pengetahuan tentang subjek yang anda mahir. Sama ada anda seorang akauntan, mekanik, pemain piano, atau apa sahaja pekerjaan, anda mesti mempunyai sesuatu yang berharga untuk dikongsi dengan dunia.

Jika anda tidak mempunyai kemahiran khusus, anda boleh mengajar orang lain tentang bahasa ibu anda. Sebagai contoh, anda boleh menjadi tutor yang mengajar orang lain bahasa Melayu. Cara paling mudah ialah menggunakan platform dalam talian (seperti Preply, Gostudent dan lain-lain) di mana ia menghubungkan pelajar yang berminat dengan kursus anda dengan anda.

9. Jual Foto dalam Talian

Internet telah memudahkan jurugambar bukan sahaja berkongsi foto mereka tetapi juga menjana wang. Ia kerana bilangan website yang semakin banyak, syarikat menuntut pelbagai jenis foto untuk konteks website mereka secara visual. Akibatnya, semakin ramai jurugambar merakam foto dan menjualnya di platform dalam talian seperti Shutterstock.

Platform yang berbeza akan mengenakan kadar komisen yang berbeza. Walau bagaimanapun, anda juga perlu menimbangkan potensi pendedahan sebelum membuat keputusan untuk menggunakan platform tertentu. Yang paling penting adalah berdiri dari perspektif syarikat dan mengambil gambar yang unik. Oleh sebab itu, anda dapat meraih ganjaran kewangan yang paling banyak.

10. Jadi Francaisi Jenama Kegemaran anda

Mc.Donald, Tealive dan 7-Eleven adalah beberapa jenama popular di Malaysia. Apakah persamaan mereka? Mereka adalah francais. Daripada melaburkan usaha dan masa untuk membina jenama sendiri, anda boleh menceburi bidang keusahawanan dengan mudah melalui francais.

Dengan francais, anda mewarisi faedah seperti jenama yang mantap, pangkalan pelanggan, sistem operasi, dan lain-lain. Walau bagaimanapun, anda selalunya perlu melaburkan modal permulaan yang besar. Nasib baik, terdapat juga beberapa syarikat yang menawarkan program francais modal rendah.

11. Menjadi Sosial Media Influencer

Selalu ada salah faham bahawa anda perlu kelihatan menarik untuk menjadi sosial media influencer. Jika anda mempunyai bakat atau kepakaran dalam bidang tertentu, anda juga boleh berjaya. Terutama pada masa kini syarikat mula beralih daripada influencer yang berprofil tinggi kepada mikro influencer kerana follower engagement yang lebih baik.

Dalam kerjaya ini, anda memerlukan kesabaran dan personaliti yang betul untuk mengembangkan reputasi dan komuniti anda. Dengan itu, anda boleh memperoleh pendapatan melalui pengaruh anda dalam talian.

12. Memberikan Servis Freelance

Jika anda mahir dalam kerja yang dilakukan dalam syarikat, pertimbangkan untuk menawarkan servis tertentu secara freelance. Contohnya, anda boleh mengguna kemahiran anda seperti membuat aplikasi/ website, online marketing atau graphic design untuk kerjaya freelance yang berpendapatan baik. Dengan cara itu, anda boleh bekerja di mana-mana sahaja dan menjadi bos anda sendiri.

Ada juga sebilangan freelancer menyewa co-working space untuk bekerja dan mencari bakal pelanggan di sana. Selain itu, anda juga boleh mengguna platform seperti Upwork, Fiverr untuk mencari pelanggan dari seluruh dunia.

13. Buat Website dan Mendapat Pendapatan dengan Google Adsense

Ini amat sesuai untuk orang yang berminat atau tahu bagaimana untuk membuat website mereka sendiri. Pada asasnya, pemilik website yang menyertai Google Adsense, Google akan memaparkan iklan di website mereka dalam bentuk teks, imej, video atau media interaktif. Jika website anda mempunyai jumlah trafik yang baik, maka anda akan mendapat pendapatan yang lebih baik.

Walau bagaimanapun, berhati-hati dengan meletakkan iklan, iklan yang terlalu banyak atau tidak teratur mungkin mengganggukan pelawat anda. Akhirnya, ia mungkin membawa kesan negatif kepada bilangan pelawat ke website anda pada masa hadapan.

Peluang Perniagaan adalah untuk Semua

Mencari peluang perniagaan hanyalah sebahagian daripada persamaan. Perkara yang paling penting ialah bermula. Mana-mana perniagaan untuk berjaya, terpenting adalah memahami diri anda terlebih dahulu (apa yang anda mahu, apa minat anda dan apa yang anda mahir).

Kemudian, ia adalah mengenai pelanggan, iaitu menawarkan sesuatu yang mereka mahu. Dengan itu, anda akan mempunyai kemungkinan yang tinggi untuk menjana pendapatan dan menjadi bos anda sendiri. Jadi, mari kita mulakan pada hari ini supaya dapat melihat satu perubahan esok.