Dobi Layan Diri vs Loker Dobi : Mana yang sesuai untuk anda?

Dobi Layan Diri vs Loker Dobi : Mana yang sesuai untuk anda?

5 min membaca

Ringkasan: Walaupun dobi layan diri dan loker dobi kedua-duanya menawarkan konsep “perniagaan tanpa pekerja”, kedua-duanya mempunyai kekuatan yang berbeza. Oleh itu, ketahui lebih lanjut untuk membuat keputusan yang terbaik.

Dua model perniagaan penting dalam industri dobi adalah dobi layan diri dan loker dobi. Walaupun kedua-dua pilihan mempunyai konsep “perniagaan tanpa pekerja” yang serupa, mereka mempunyai kekuatan yang berbeza. Oleh yang demikian, sesiapa yang berminat dalam perniagaan dobi harus memilih berdasarkan keperluan mereka.

Bagi sesiapa yang cuba membuat keputusan mengenai dobi layan diri atau loker dobi, kami akan membuat analisis pada aspek dalam setiap model di sini untuk rujukan anda. Kami akan membentangkan kekuatan dan kelemahan setiap satu dan membantu anda memutuskan sama ada anda perlu melabur dalam dobi layan diri atau loker dobi.

Pelaburan Modal Permulaan
Sales Dijana dalam Perniagaan
Potensi Pertumbuhan Perniagaan
Usaha Mengurus Perniagaan
Persaingan dalam Pasaran

Melabur Smart Loker Dobi

Ad Sama seperti dobi layan diri, tetapi pelaburan lebih rendah. Kini anda boleh menjana pendapatan tambahan dari keselesaan rumah.

1. Pelaburan Modal Permulaan

Pemenang: Loker Dobi

Loker dobi mempunyai pelaburan modal permulaan yang lebih rendah jika dibandingkan dengan dobi layan diri. Loker dobi sangat sesuai untuk sesiapa yang ingin memulakan perniagaan dobi tanpa modal yang banyak. Atau, jika anda ingin memahami perniagaan dobi dan ingin memulakan secara kecil-kecilan.

Pelaburan yang paling berintensif modal dalam dobi layan diri ialah peralatan. Mesin basuh dan pengering adalah penting dalam perniagaan dan belanjanya pun juga besar. Ia memerlukan belanja sekurang-kurangnya RM150,000 untuk menubuhkan kedai bersaiz biasa. Namun, anda hanya perlu membayar RM25,000 untuk loker.

Kos permulaan kedua tertinggi ialah pengubahsuaian. Seperti semua perniagaan lain, dobi layan diri memerlukan pengubahsuaian untuk mengendalikan dan memberi perkhidmatan kepada pelanggan berdasarkan konsepnya. Di loker dobi, tidak ada keperluan untuk pengubahsuaian tambahan untuk dimulakan.

IKLAN

2. Sales Dijana dalam Perniagaan

Pemenang: Dobi Layan Diri

Dobi layan diri berprestasi lebih baik dalam sales perniagaan yang dihasilkan. Dalam segi ini, ia memberikan kelebihan berbanding loker dobi, dan lebih sesuai untuk individu yang lebih suka jana perniagaan yang lebih tinggi. Kerana kerja-kerja dobi adalah diperlukan, ramai orang yang tiada mesin basuh di rumah suka menggunakan dobi layan diri kerana ia lebih murah. Ia telah menjadi pilihan utama orang ramai untuk mencuci pakaian mereka.

Bagi loker dobi pula, pelanggan perlu membayar lebih untuk menggunakan perkhidmatan tersebut. Tidak seperti sifat dobi layan diri, pencuci pakaian akan melakukan cucian untuk mereka yang menggunakan loker dobi. Di samping itu, ia biasa untuk membayar tambahan untuk pembersihan profesional seperti cucian kering dan cuci tangan. Oleh itu, pelanggan yang memerlukan bantuan dalam mencuci pakaian akan menikmati perkhidmatan loker dobi.

Walaupun bilangan jualan adalah penting dalam perniagaan, perbelanjaan tidak boleh diabaikan dengan mudah. Kos penyelenggaraan dan penyewaan dalam dobi layan diri adalah beberapa kali lebih tinggi. Jika perniagaan anda tidak dapat menjana jualan yang mencukupi, risiko keadaan kewangan anda sendiri akan menjadi lebih tinggi kerana anda perlu membayar terus daripada poket anda.

3. Potensi Pertumbuhan Perniagaan

Pemenang: Dobi Layan Diri

Memandangkan perniagaan dobi layan diri beroperasi dengan kedai fizikal, pemilik perniagaan boleh mengembangkan tawaran perkhidmatan mereka di dalam kedai. Daripada menawarkan perkhidmatan dobi sahaja, anda juga boleh meletakkan vending mesin dan kerusi urut untuk menambahkan aliran pendapatan anda. Pelanggan berkemungkinan besar akan membelanjakan satu atau dua ringgit tambahan untuk hiburan sementara menunggu pakaian mereka dibersihkan dan dikeringkan.

Loker dobi adalah berbeza. Anda tidak boleh mengembangkan perniagaan seperti yang anda mahukan dan melangkaui perkhidmatan sedia ada. Tetapi, anda boleh memberi cadangan tentang sebarang perkhidmatan baharu. Walau bagaimanapun, ia terletak kepada syarikat loki dobi untuk membuat keputusan.

Jika anda merancang untuk memulakan perniagaan dobi layan diri, pertimbangkan untuk meletakkan loker dobi di kedai. Kedua-duanya tidak saling eksklusif kerana satu boleh memberikan nilai kepada yang lain. Sebagai contoh, pelanggan yang boleh mencuci sendiri menggunakan dobi layan diri. Tetapi untuk barangan (kasut, pakaian berjenama, dll.) yang memerlukan pembersihan profesional, pelanggan boleh menggunakan perkhidmatan loker dobi.

4. Usaha Mengurus Perniagaan

Pemenang: Loker Dobi

Untuk loker dobi, anda perlu melabur dalam perniagaan sahaja. Dan operasi tersebut akan disokong sepenuhnya oleh pembekal loker dobi. Mereka akan mengambil pakaian, membersihkannya, menghantarnya kembali dan menjawab pertanyaan pelanggan. Ia berfungsi sangat serupa dengan perniagaan vending mesin. Perkara yang terbaik ialah anda memperoleh pendapatan pasif tanpa perlu melakukan banyak tugas selain daripada membayar beberapa bil (sewaan & simkad).

Selain itu, memulakan perniagaan dobi layan dir adalah popular kerana usaha untuk mengendalikannya adalah minimum kecuali jika dibandingkan dengan loker dobi. Dalam dobi layan diri, anda tidak perlu mengupah sekumpulan pekerja untuk menjalankan perniagaan. Apa yang anda perlu lakukan ialah membersihkan premis anda dan menjawab sendiri pertanyaan/aduan pelanggan. Jika kedai anda memberikan pembayaran digital, anda tidak perlu pergi ke kedai untuk mengambil wang tersebut.

5. Persaingan dalam Pasaran

Pemenang: Loker Dobi

Konsep loker dobi adalah baharu di Malaysia, tetapi ia telah mencapai pertumbuhan pesat di negara lain. Memandangkan persaingan dalam loker dobi adalah rendah, lokasi yang tersedia untuk meletakkannya juga akan banyak. Jika anda bertindak pantas, anda boleh mendapatkan lokasi yang baik dan sesetengah tempat (seperti kondo atau bangunan pejabat) tidak akan membenarkan pengendali loker dobi kedua.

Sebaliknya, persaingan antara kedai dobi layan diri semakin panas. Di banyak kawasan matang, perniagaan dobi layan diri sudah sangat tepu. Kedai-kedai di kawasan yang sama berakhir dengan perang harga untuk bersaing mendapatkan pelanggan. Mereka yang akan memenangi pertempuran akhirnya adalah mereka yang mempunyai poket yang lebih dalam .

Dobi Layan Diri atau Loker Dobi: Mana yang patut anda pilih?

Walaupun tiada pemenang objektif di sini, dobi layan diri dan loker dobi berfungsi secara berbeza dan sesuai dengan selera pelaburan yang berbeza. Walaupun ia berbeza, anda masih boleh menyepadukan kedua-dua konsep ke dalam satu perniagaan.

Jika anda tidak tahu 100% dobi layan diri sesuai, pertimbangkan untuk melabur dalam loker dobi. Ia adalah rendah dalam pelaburan awal, usaha untuk mengurus, dan persaingan. Sebaliknya, jika anda mempunyai banyak modal dan tahu anda memerlukan perniagaan untuk menjana pendapatan yang lebih tinggi, dobi layan diri adalah pilihan yang tepat.

PERNIAGAAN MIKRO MR.CLEAN

Temui Mr.Clean Loker Dobi

Mula menjana pendapatan dengan loker dobi Mr.Clean anda hari ini.