Apa itu francais? Cari semua yang anda perlu tahu di sini.
Apa itu francais? Cari semua yang anda perlu tahu di sini.
6 min membaca
Ringkasan: Adakah anda tahu apa itu francais? Ketahui segala-galanya tentang francais untuk meningkatkan pengetahuan perniagaan anda dan menjadi lebih baik dalam perniagaan pada masa hadapan.
Jika ambil alih perniagaan orang lain tidak sesuai untuk anda tetapi bermula dari sifar pun kelihatan agak menakutkan, anda mungkin sesuai untuk memilikan francais.
Jadi, apa itu francais? Soalan ini biasanya akan mendapat jawapan yang menarik macam:
“Jenama yang mendapat kedai yang banyak adalah francais.”
“KFC, Mc.Donald, dan Tealive duh francais lah.”
“Jika syarikat asing beroperasi di sini, ia francais.”
Jawapan-jawapan itu betul pada tahap tertentu. Tetapi, definisinya lebih daripada itu. Dalam artikel ini, anda akan belajar:
Definisi Francais
Kebaikan dan Keburukan Francais
Bagaimana untuk Memilih Francais yang Sesuai?
Kenapa Beberapa Francais Global Tidak Ditawarkan di Malaysia?
Macam Mana dengan Memulakan Perniagaan Sendiri bukannya Francias?
Nasihat Terakhir Mengenai Francais
Maksud Francais
Francais ialah sejenis lesen yang diberikan oleh syarikat (francaisor) kepada individu (francaisi) untuk menjual perkhidmatan atau produk di bawah nama perniagaan francaisor.
Selain itu, francaisi mendapat akses kepada proses, pengetahuan perniagaan proprietari dan trademark francaisor.
Francaisi perlu membayar francaisor kos permulaan, yuran francais dan bayaran royalti sebulan/ setahun untuk menjalani perniagaan francais.
Kebanyakan restoran dan kedai yang anda sentiasa melawat adalah francais seperti: Mc.Donald, Subway, Tealive, Chatime dan banyak-banyak lagi.
Kebaikan dan Keburukan Francais
Terdapat banyak kelebihan dan juga kelemahan untuk melabur dalam francais. Faedah yang diiktiraf termasuk formula perniagaan yang sedia untuk diikuti.
Francais menawarkan perkhidmatan dan produk yang matang, dan dalam kebanyakan kes, pengiktirafan jenama telah ditubuhkan.
Sebagai pemegang francais, keputusan pelancaran produk yang baru, pengubahsuaian kedai, penentuan harga,dan sebagainya telah pun dibuat untuk francaisi mengikuti.
Sesetengah francaisor akan memberikan perancangan kewangan dan latihan, atau dikehendaki mendapatkan sumber daripada senarai pembekal yang diluluskan. Walaupun francais menawarkan rekod prestasi dan formula perniagaan, tetapi kejayaan tidak pernah dijamin.
Keburukan termasuk kos royalti yang berterusan serta kos permulaan yang tinggi. Perbelanjaan terbesar dalam kos permulaan ialah peralatan dan pengubahsuaian.
Selain itu, royalti pembayaran adalah dalam bentuk peratusan jualan atau hasil. Tetapi ada juga sesetengah francaisor tidak mengenakan royalti jika jualan anda tidak mencapai had tertentu. Peratusan yuran royalti adalah lebih kurang antara 2% – 10%.
Bagi jenama yang baru, terdapat mereka yang mengiklankan maklumat yang tidak tepat dan menunjuk ulasan dan anugerah yang tidak terlalu penting.
Akibatnya, francaisi mungkin membayar kos yang tinggi untuk nilai perniagaan francais yang rendah.
Francaisi juga tidak mempunyai kawalan dalam pelancaran atau penyinkiran produk, pemasaran, reka bentuk, dan sebagainya yang berkaitan dengan perniagaan mereka.
Kadang-kadang, pengurusan yang lemah, lokasi kedai serta masa untuk menyertai francais pun akan membawa impak yang besar kepada perniagaan.
Bagaimana untuk memilih francais yang sesuai?
-
Tahu apa yang anda mahu
Tanya diri sendiri satu soalan.
Apa yang anda mahu?
Mengapakah anda tidak mahu bekerja untuk orang lain?
Apakah keutamaan anda – pendapatan pasif, fleksibiliti, kawalan dalam perniagaan, dan sebagainya?
Ini kerana orang memilih untuk francais berdasarkan pelbagai sebab. Oleh itu, memahami motivasi sendiri sebelum membuat komitmen dalam francais adalah idea yang baik.
Kemudian, cuba tanya diri anda soalan susulan yang lebih mendalam.
Adakah anda ingin berlibat dalam barisan hadapan untuk melayani pelanggan atau di belakang untuk mengurusi perniagaan?
Adakah anda ingin tak langsung bekerja, bekerja separuh masa atau sepenuh masa?
Jadi dengan berusaha untuk memahami diri anda dengan lebih lanjut, ia akan memberi gambaran yang lebih jelas tentang jenis francais yang sesuai kepada anda.
Sebaliknya, anda mungkin merasa amat sukar untuk mencari francais yang ideal. Atau, jika anda telah membeli satu tanpa pertimbangan yang teliti, sukar bagi anda untuk mengekalkannya.
-
Kenal pasti keupayaan kewangan anda untuk memulakan perniagaan
Kebanyakan francaisor secara umumnya memerlukan anda mempunyai modal tetap yang tertentu untuk memberi francaisnya.
Amaun itu terdiri daripada kos untuk renovasi, peralatan, inventori dan item lain yang diperlukan untuk memulakan perniagaan.
Selain daripada wang diperlukan untuk membuka francais, anda juga perlu bersedia untuk melabur lebih banyak lagi untuk membiayai perniagaan sehingga mencapai tahap pulang modal.
Jika anda memahami keupayaan kewangan anda, anda tidak akan jatuh ke dalamperangkap memulakan francais yang anda tidak mampu.
Artikel: Apakah perniagaan francais modal rendah di Malaysia?
-
Lihat trend dan pasaran
Anda perlu sedar tentang trend dan potensi pasaran.
Trend ini mungkin bersifat sementara atau tahan lama, akhirnya memberi kesan kepada prestasi pasaran.
Ambil bubble tea dan dobi syiling sebagai contoh, kedua-duanya adalah salah satu daripada pilihan popular kategori dalam francais, adakah pasaran tertentu boleh mendapatkan wang atau yang digembar-gemburkan?
Penyelidikan pasaran boleh dilakukan di web dalam bentuk artikel yang berkaitan, kertas penyelidikan berbayar atau percuma, ulasan pelanggan atau pemegang francais lain, statistik pasaran dan lain-lain.
Selepas anda telah mengenal pasti pasaran, maka anda boleh mencari jenama francais yang anda sesuai.
Anda harus mengelakkan berat sebelah terhadap jenama tertentu tanpa memahami keseluruhan pasaran. Jika anda melihat jenama sahaja, anda sedang bergerak dengan separuh mata tertutup.
-
Bercakap dengan francaisor tertentu
Hubungan antara francaisor dan francaisi adalah sangat penting untuk memasitkan francais yang berjaya.
Sebelum anda membeli francais, anda perlu berjumpa dengan francaisor.
Francaisor akan menjemput anda untuk temu duga untuk mengetahui latar belakang dan komitmen anda. Anda juga harus mengambil peluang untuk bertanya kepada francaisor soalan yang anda ada.
Walaupun bercakap melalui telefon adalah permulaan yang baik, perjumpaan secara fizikal juga sangat penting.
Bahasa badan yang tak boleh dilihat dalam telefon dan perkataan yang digunakan dalam perbualan akan memberitahu anda serba sedikit tentang orang itu.
Itu cara yang penting untuk menilai adakah infomasi yang diberikan betul dan orang itu jujur atau tidak.
Kenapa beberapa francais global tidak ditawarkan di Malaysia?
Cara yang paling mudah untuk mengembangkan jenama ke peringkat antarabangsa ialah melalui francais induk.
Syarikat tersebut akan menganugerahkan hak francais induk kepada individu atau organisasi negara sasaran.
Selalunya, mereka yang mendapati francais induk perlu membayar pelaburan yang besar dan bersetuju untuk mencapai pencapaian tertentu dalam garis masa.
Mereka menikmati hak eksklusif untuk membangunkan jenama di pasaran, sama ada dengan rangkaian sub-francais, kedai milik langsung atau gabungan kedua-duanya.
Oleh itu, beberapa francais jenama yang popular tidak ditawarkan di Malaysia kerana francais induk itu membuat keputusan untuk mengembangkan melalui kedai milik langsung.
Macam mana dengan memulakan perniagaan sendiri bukannya francais?
Bagi anda yang mempunyai idea besar atau mempunyai asas perniagaan yang kukuh, membina perniagaan sendiri memberikan peluang untuk kejayaan kewangan yang lebih baik.
Anda tidak perlu membayar royalti dan yuran lain kepada francaisor.
Dengan cara itu, anda boleh menyimpan lebih banyak keuntungan dari awal.
Anda juga menikmati kebebasan untuk mencipta prosedur dan sistem anda sendiri tanpa dikunci daripada pelbagai peraturan, prosedur dan peraturan yang mesti anda ikuti sebagai sebahagian dalam perjanjian francais.
Jika idea perniagaan anda cukup kuat, anda akhirnya boleh menjual francais sendiri.
Malahan, apabila anda memulakan perniagaan anda sendiri, anda ialah sendiri.
Anda perlu hidup dengan banyak yang tidak diketahui dan adakah servis atau produk akan dijual.
Menurut U.S. Bureau of Labor Statistics (BLS), data menunjukkan bahawa kira-kira 20% perniagaan baharu gagal dalam tempoh dua tahun pertama dibuka, 45% dalam tempoh lima tahun pertama dan 65% dalam tempoh 10 tahun pertama. Hanya 25% daripada perniagaan baharu yang berjaya mencapai 15 tahun atau lebih.
Anda dikehendaki untuk bekerja berjam-jam tanpa sokongan atau latihan pakar supaya perniagaan akan berjaya.
Oleh itu, memilih model perniagaan yang sesuai untuk anda merupakan pilihan yang hanya anda boleh buat.
Nasihat terakhir mengenai francais
Francais seperti perniagaan lain memerlukan masa dan dedikasi untuk menikmati hasil yang baik.
Elakkan sendiri daripada francais yang menjanjikan jalan pintas yang pasti untuk kekayaan atau keuntungan serta-merta.
Francais bukanlah sejenis model perniagaan ajaib yang boleh memunculkan keuntungan secara tiba-tiba.
Tidak ada skim ‘cepat kaya’ dan jika itu sahaja yang anda cari, anda mungkin berada dalam perniagaan yang salah.
Leave A Comment