10 Idea Perniagaan yang Berjaya tanpa Pekerja 

10 Idea Perniagaan yang Berjaya tanpa Pekerja 

6 min membaca

Ringkasan: Memulakan perniagaan dengan mengupah pekerja yang bekerja untuk anda bukanlah mudah. Nasib baik, terdapat banyak idea perniagaan yang boleh anda jalankan secara kecil-kecilan tanpa rasa tertekan.

Terdapat banyak cara untuk memulakan perniagaan dan menjana pendapatan sementara masih menjalani kehidupan yang bermakna dan menyeluruh. Di bawah ialah beberapa idea perniagaan tanpa pekerja yang akan membolehkan anda menjana wang sendiri.

Dobi Layan Diri
Loker Dobi
Vending Mesin
On-Site Cleaning
Virtual Assistant
Dropshipping
Jurulatih Gim Peribadi
Perniagaan Flipping
Jualan Komisen Sahaja
Podcasting

1. Dobi Layan Diri

Dobi layan diri agak mudah untuk ditubuhkan dan diselenggara. Modal permulaan tersebut sekurang-kurangnya RM150,000 untuk kedai saiz biasa.

Perbelanjaan utama adalah untuk membeli mesin basuh dan pengering. Kemudian, kos pengubahsuaian datang kedua.

Ramai pemilik perniagaan kali pertama melabur dalam dobi layan diri kerana ia lebih mudah diurus daripada menjalankan jenis perniagaan lain. Tanggungjawab dalam perniagaan ini adalah kurang kerana ia adalah konsep layan diri.

Di samping itu, industri ini stabil dan kalis kemelesetan kerana orang ramai perlu mencuci pakaian mereka sepanjang tahun. Pelanggan juga membayar pendahuluan apabila menggunakan mesin dobi syiling. Oleh itu, tiada invois untuk dijejaki semasa menjalankan perniagaan ini.

IKLAN

2. Loker Dobi

Tidak seperti membuka kedai dobi layan diri, loker dobi tidak memerlukan modal yang besar untuk memulakan.

Pelanggan boleh mencari loker dobi terdekat untuk menyimpankan pakaian kotor mereka dan bukannya mengunjungi kedai dobi. Operator pembersihan akan mengambilnya dan menghantarnya semula selepas pembersihan.

Sebagai pelabur, anda membayar loker sekitar RM18,000 hingga RM40,000 (bergantung kepada jenama). Pengendali loker akan membantu untuk membuat operasi perniagaan. Anda akan mendapat peratusan tertentu jualan bulanan sebagai pulangan pelaburan anda.

Apabila anda ingin meletakkan loker dobi, cari lokasi berdekatan tempat pelanggan menginap, seperti lobi kondominium.

3. Vending Mesin

Perniagaan vending mesin ialah cara berskala dan mudah untuk mendapatkan pendapatan pasif. Selain daripada makanan ringan, vending machine juga boleh jual produk kesihatan, elektronik, kopi dan banyak lagi. Di malaysia, terdapat banyak syarikat yang membekalkan vending mesin ini.

Kos untuk memulakan perniagaan vending mesin adalah terutamanya kos mesin dan stock di dalam mesin. Memandangkan ia memerlukan sedikit ruang untuk operasi, sewa bulanan juga adalah rendah (antara RM100 – RM200).

Anda boleh menyewa atau membeli mesin tersebut dan meletakkannya di lokasi yang sibuk (seperti universiti, pusat membeli-belah, kedai dobi, bangunan pejabat atau stesen kereta api).

Kerja anda sangat mudah. Ia adalah untuk menyelenggara mesin melalui pembaikan, restock semula, dan mengumpul wang sekali-sekala.

4. On Site Cleaning

Kita semua semestinya mempunyai barang seperti sofa, katil, permaidani, langsir, bantal atau guling di dalam rumah. Tetapi mesin basuh tidak cukup besar. Pernahkah anda terfikir bagaimana untuk membersihkannya?

Oleh sebab itu, terdapat syarikat yang menawarkan perkhidmatan pembersihan untuk datang ke rumah anda untuk membersihkannya. Mereka menggunakan sama ada mesin pembersih wap atau mesin pengekstrakan semburan untuk bekerja.

Anda boleh membeli mesin pembersihan daripada beberapa syarikat ini untuk bekerja sebagai freelancer untuk mereka. Mereka akan merujuk pelanggan kepada anda untuk service. Kemudian, jualan akan dibahagikan antara anda dan syarikat.

5. Virtual Assistant

Virtual assistant adalah seperti kontraktor bebas yang memberikan pelbagai perkhidmatan semasa bekerja di luar pejabat. Sebagai virtual assistant, anda membantu individu atau pemilik perniagaan yang sibuk dengan tugas mereka seperti:

Penulis content : Tulis dan edit artikel, blog dan siaran akhbar. Selain itu, anda juga perlu mengoptimumkan kandungan dengan menambah link, keyword dan sebagainya.

Pengurusan media sosial: Urus profil media sosial (Facebook, Twitter, LinkedIn, Tik Tok atau Youtube) dan buat content baharu untuk engage dengan follower/ audience.

Operasi e-dagang: Membantu mengurus dan mengendalikan kedai e-dagang (Shopee, Lazada, Amazon). Anda akan menjawab pertanyaan, menulis produk description, trek pakej, dan mengurus pemulangan.

Kerja pentadbiran: Pelanggan suka outsource kerja pentadbiran mereka kerana ia memakan masa dan mudah untuk diajar. Tugas yang paling biasa termasuk e-mel balasan, menjadualkan mesyuarat dan membuat travel arrangement.

Jika anda boleh membuat semua tugas ini, anda boleh mula mencari pelanggan di platform freelancing popular seperti Upwork, Fiverr atau Freelancer. Untuk kerja ini, jangkakan dapat memperoleh pendapatan antara $5 – $40 setiap tugas. Kadangkala anda perlu bekerja pada zon waktu yang berbeza kerana pelanggan anda mungkin dari negara lain.

6. Dropshipping

Dropshipping ialah suatu model perniagaan yang boleh anda gunakan untuk membuka kedai online tanpa sebarang inventori. Ia berisiko rendah kerana anda tidak tertekan dengan kos yang berkaitan dengan pengeluaran produk, penyimpanan inventori, penyelenggaraan inventori yang tidak terjual, pembungkusan dan penghantaran produk.

Apabila anda menjual sesuatu secara dropshipping, pembekal anda akan menghantar produk terus dari gudang mereka kepada pelanggan anda. Kerja pada pembungkusan, penyimpanan dan penghantaran produk tidak diperlukan.

Kuncinya ialah mencari produk dengan potensi pasaran yang besar, kemudian tubuhkan kedai online untuk menjualnya dengan bantuan dropshipping software.

7. Jurulatih Gim Peribadi

Jika anda menghabiskan banyak masa di gim, mengapa tidak menjadikannya perniagaan? Dengan menjadi jurulatih orang lain, anda boleh merancang dan membimbing mereka untuk mencapai matlamat kecergasan mereka.

Sebagai jurulatih peribadi, anda boleh mula bekerja di gim komersial besar seperti Celebrity Fitness, Chi Fitness, Anytime Fitness & Fitness First untuk mendapatkan pengalaman dan meningkatkan portfolio pelanggan anda.

Pendapatan pekerjaan tersebut kira-kira RM3,500 – RM10,000 ++. Jika anda mempunyai reputasi yang baik dan menjadi sangat popular dalam komuniti, anda boleh menjana wang di peringkat yang lebih tinggi.

Menjadi jurulatih certified juga boleh meningkatkan kredibiliti anda. Anda boleh mendapatkan pensijilan daripada American Council on Exercise (ACE) atau National Academy of Sports Medicine (NASM).

8. Perniagaan Flipping

Perniagaan flipping boleh jadi sangat menguntungkan dan tidak memerlukan pengambilan pekerja. Secara amnya, ini mengenai membeli perniagaan yang sedang menjana pendapatan dan menjualnya semula dengan cepat untuk mendapatkan keuntungan.

Apa yang anda perlukan hanyalah modal dan pengetahuan untuk flipping. Selepas membeli perniagaan yang bermasalah, buat beberapa perubahan yang berkesan untuk meningkatkan jualan dan keuntungan. Kemudian, anda boleh memutuskan sama ada untuk menyimpannya untuk aliran tunai atau menjualnya.

Kalau anda mahu menjualnya, anda boleh melakukannya melalui perjanjian peribadi atau broker. Jika anda tidak mempunyai rangkaian yang baik dan memilih untuk menjualnya sendiri, anda boleh mencari bakal pembeli di Facebook Group, LinkedIn dan platform pasaran online yang lain.

Flipping boleh digunakan pada harta juga. Anda boleh membeli hartanah baik yang dijual pada harga rendah dan kemudian menjualnya pada premium. Untuk meningkatkan nilai hartanah, anda boleh memilih untuk mengubahsuaikan.

9. Jualan Komisen Sahaja

Jika anda suka meyakinkan orang lain untuk membeli perkhidmatan atau produk, maka anda sesuai untuk melakukan kerja jualan komisen sahaja. Anda boleh menjual produk kesihatan, produk kecantikan, mesin memasak, water filter, dan lain-lain lagi.

Daripada hanya satu produk, anda boleh mencari produk atau perkhidmatan lain untuk menjual kepada portfolio pelanggan sedia ada anda. Contohnya, waktu pelanggan membeli vitamin daripada anda, anda juga boleh upsell mereka dengan produk kecantikan.

Namun, sila ingat jualan komisen sahaja kerja berbeza dengan bekerja sebagai salesman untuk syarikat kerana tiada gaji basic. Pendapatan anda bergantung kepada komisen besar yang anda buat dalam setiap jualan.

10. Podcasting

Mengehos podcast adalah murah dan cara terbaik untuk mendapatkan wang dari rumah. Sama ada content anda bersifat pendidikan atau hiburan, anda berpotensi menarik minat segmen audience khusus.

Biasanya, seorang podcaster boleh memperoleh sekitar $300 hingga $5,000 dengan 10,000 dowbload setiap episod. Bagi podcast yang sangat berjaya, mereka boleh mencapai pendapatan tahunan sehingga $30 juta.

Terdapat juga banyak cara untuk mengewangkan podcast. Anda boleh mendapatkan sponsorship, affiliate marketing, buat content premium, menjual produk dan banyak lagi.

Di Malaysia juga mempunyai banyak podcast yang bagus. Berikut adalah beberapa contoh untuk rujukan: Mamak Sessions, BFM 89.9: The Business Station, dan Table Talk.